×

Seni Budaya Malaysia

Laman Utama

Permainan Persembahan Makanan Bangunan Pakaian
SELAMAT DATANG MEMPELAJARI SENI BUDAYA MALAYSIA! Enlargable Image

Balik

Teater

Menora

  • adalah persembahan drama tari tradisi masyarakat Siam di Malaysia khususnya di negeri-negeri Perlis, Kelantan dan Kedah.
  • mempunyai pengaruh elemen agama Buddha kerana suatu ketika dahulu teater tradisi ini adalah salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha.
  • Wayang Kulit Jawa

  • satu bentuk teater tradisional yang telah berakar umbi sejak sekian lama di Kepulauan Melayu.
  • Bermula dengan hikayat klasik Mahabrata dan Ramayana yang terkenal.
  • Wayang Kulit mempunyai nilai tradisi yang tersendiri dalam menjadikannya warisan zaman-berzaman.
  • Teater Tradisional Randai

  • satu bentuk teater tradisional rakyat Minangkabau. Ia menggabungkan elemen tari, muzik, jenaka dan lakonan dalam setiap persembahan.
  • Randai yang menjadi identiti seni budaya Negeri Sembilan yang turut menggabungkan pelbagai elemen merangkumi seni tari, seni silat, seni muzik dan juga kesusasteraan.
  • Boria

  • mula dibawa masuk oleh orang India Muslim ke Tanah Melayu dan mula bertapak di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-19.
  • Lama-kelamaan mereka makin bertambah minat dan diambil alih oleh orang-orang Melayu pula.
  • Teater Tradisional Bangsawan

  • merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Ia tidak melibatkan penggunaan skrip berbanding drama moden kini.
  • Para pelakon hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah.
  • Makyong

  • merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.
  • Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
  • dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan.
  • Opera Bangsawan Cina

  • turut dikenali sebagai Opera Beijing atau Opera Peking di Negara China, merupakan satu seni persembahan tradisional masyarakat Cina yang menggunakan Bahasa Mandarin atau lain-lain dialek dengan menggabungkan muzik, tarian, nyanyian dan akrobatik.
  • Keunikan Opera Cina adalah pada pakaian dan solekan pelakon yang kelihatan seolah-oleh patung yang sangat cantik dan comel.
  • Setiap pelakon akan disolek dengan bedak putih yang tebal dan juga bedak merah sebagai solekan mata dan pipi.
  • Di Malaysia, opera Cina lebih kerap menggunakan dialek-dialek tertentu mengikut majoriti dialek masyarakat Cina di suatu tempat seperti Hokkien, Kantonis, Teochew, Hakka dan lain-lain.

    Hamdolok

  • adalah salah satu daripada kesenian Melayu yang kurang dikenali ramai.
  • kesenian yang mempunyai nilai gabungan daripada kesenian Timur Tengah dan tempatan.
  • Persembahan Hamdolok terdiri daripada unsur-unsur nyanyian, tarian dan muzik.