×

Seni Budaya Malaysia

Laman Utama

Permainan Persembahan Makanan Bangunan Pakaian
SELAMAT DATANG MEMPELAJARI SENI BUDAYA MALAYSIA! Enlargable Image

Balik

Tarian

Tarian Wau Bulan

  • diadaptasi daripada permainan wau bulan tradisi masyarakat Melayu Kelantan.
  • mengisahkan anak muda bermain wau di musim menuai padi.
  • digambarkan dalam gerak-geri para penarinya yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.
  • Tarian Piring

  • dipersembahkan dalam majlis perkahwinan.
  • Tarian ini memiliki gerak tari yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai, dan sebagainya.
  • Gerak-gerak tari ini melambangkan rasa gembira dan syukur para petani atas hasil tanaman yang menjadi.
  • Para penari lelaki dan perempuan menari dengan meletakkan sebuah piring masing-masing di atas kedua-dua telapak tangan.
  • Zapin Kores

  • Tarian Zapin Kores ialah kesenian warisan Zapin Melayu yang terdapat di Kampung Kores, Batu Pahat, Johor.
  • Perkataan ‘Kores’ bermaksud ‘lekok-lekok sungai’ seperti lok keris.
  • Tarian Chetti

  • Masyarakat Chetti di Melaka adalah salah satu lagi kelompok minoriti yang dilahirkan daripada perkahwinan campur antara pedagang India dan masyarakat setempat.
  • agama yang dianuti adalah agama Hindu. Seperti masyarakat Baba Nyonya, masyarakat Chetti juga mewarisi tarian.
  • Tarian-tarian ini masih diwarisi sehingga kini oleh masyarakat Chetti di Kg. Gajah Berang, Melaka.
  • Tarian Zapin Sebat

  • berasal dari Kampung Sebat, daerah kecil Sematan, Lundu.
  • Kini, tarian ini dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan rasmi serta persembahan pentas.
  • dipercayai Allahyarham Pak Baie Drahman yang lahir pada tahun 1921 di Kampung Sebat Melayu.
  • Tarian Sumazau

  • merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia.
  • merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan
  • Tarian-tarian Cina

  • Pelbagai genre kesenian terdapat di Malaysia masih dikekalkan oleh kaum Cina. Tarian-tarian tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Cina, malah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
  • Umpamanya, Tarian Singa dan Tarian Naga sentiasa mendapat permintaan tinggi sekiranya ada program-program yang berkaitan terutama ketika musim perayaan.
  • kaum Cina di Malaysia juga telah mempopularkan tarian-tarian rakyat seperti Tarian Kipas, Tarian Sapu Tangan, Tarian Tanglung, Tarian Teratai dan Tarian Riben.
  • Chingay

  • berasal dari China dan kini menjadi keistimewaan di Pulau Pinang. Perarakan Chingay memaparkan kemahiran
  • membawa dan mengimbang bendera Chingay 40 kaki tinggi dan bendera tiga segi berwarna-warni sekurang-kurangnya berukuran 25 kaki x 15 kaki setiap satu, diikat pada tiang kayu sepanjang 40 kaki.