×

Seni Budaya Malaysia

Laman Utama

Permainan Persembahan Makanan Bangunan Pakaian
SELAMAT DATANG MEMPELAJARI SENI BUDAYA MALAYSIA! Enlargable Image

Balik

Muzik

Ghazal Party

  • gabungan persembahan muzik, nyanyian, tarian dan lawak jenaka yang mendapat pengaruh dari Timur Tengah.
  • liriknya dalam bahasa Arab atau Melayu. Perkataan ‘Party’ bermaksud ‘kemeriahan persembahan ghazal’.
  • Kesenian ini berkembang di negeri-negeri utara Semenanjung.
  • dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan dalam majlis-majlis rasmi.
  • Kompang

  • alat muzik tradisional paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu.
  • diperbuat daripada kulit kambing
  • Beduan

  • persembahan kesenian yang tertua di negeri Perlis.
  • Ahli kumpulan Beduan terdiri daripada 10 sehingga 12 orang.
  • Terdapat tiga jenis gendang yang digunakan iaitu Gendang Pengibu, Gendang Peningkah dan Gendang Penganak.
  • Gendang Berinai

    Gendang Terinai
  • mula dikenali sebagai ‘Gendang Keling’
  • Menteri Besar Perlis ketika itu Allahyarham Dato’ Jaafar Hasan mengumumkan pertukaran nama ‘Gendang Keling’ kepada ‘Gendang Terinai’.
  • popular suatu ketika dahulu dalam kalangan rakyat hingga ke istana.
  • Hadrah

  • seni muzik pergendangan yang berasal dari tanah Arab khususnya Parsi.
  • yang ada di negeri Perlis sebenarnya adalah sama dengan Hadrah di negeri Kedah kerana suatu ketika dahulu Perlis adalah di bawah pemerintahan Kubang Pasu Darul Kiam.
  • amat popular di Perlis dan Kedah sejak memasuki abad ke-17. sering dipersembahkan dalam majlis perkahwinan yang memakan masa sehingga sehari semalam.
  • Rebana Perak

  • berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ‘Rab’ bermakna ‘pukulan’ dan ‘Na’ bermakna ‘kami’.
  • rebana membawa maksud ‘pukulan kami’. Paluan Rebana Perak diketuai oleh seorang peningkah diikuti dengan penyelang dan penalu.
  • sering dimainkan pada majlis-majlis perkahwinan, berkhatan, bertindik, serta acara-acara sambutan tetamu-tetamu kehormat dan juga perarakan.
  • Sape

  • kecapi tradisional komuniti Orang Ulu Sarawak, tradisinya digunakan oleh suku-suku Kenyah, Kayan dan Kelabit.
  • Dahulunya hanya dimainkan semasa upacara perubatan di rumah panjang, tetapi beransur-ansur menjadi alat sosial digunakan sebagai bentuk hiburan.
  • Gendam 24 Musim

  • Ialah persembahan gendang yang menggabungkan dua puluh empat istilah suria, kaligrafi dan gendang singa Guangdong.
  • Dicipta pada tahun 1988 oleh Cina Malaysia Chen Huichong dan Chen Zaifan.
  • Menjadi Projek Warisan Kebangsaan Malaysia pada 2009. diperkaya dan diperbaharui berdasarkan gendang tradisional Cina.
  • Merupakan simbol warisan budaya Cina di Asia Tenggara.
  • Orkestra Tradisional Cina Teo Chew

  • Telah ditubuhkan pada tahun 1984 bermula di Jonker Street Melaka.
  • Merupakan sebuah Orkestra Instrumental Tradisional Cina yang bukan berasaskan keuntungan.
  • Tujuan penubuhan kumpulan ini ialah untuk menampilkan aktiviti yang sihat dan keunikan seni tradisi di dalam masyarakat Cina di samping menghargai keindahan muzik tradisional.